Resipi Mee Kari (4-5 Orang)

Resipi Mee Kari

Mee Kari paling mudah, boleh ikut Resipi Mee Kari ini.

BAHAN-BAHAN:

  • Mee kuning – 2 paket
  • Sawi/kubis – dicelur
  • Ayam- 1 keping (bahagian dada-potong dadu)
  • Udang – 15 ekor
  • Isi kerang/fishcake/fishball – optional
  • Bawang merah – 7 ulas (dihiris)
  • Bawang putih – 5 ulas (dihiris)
  • Serbuk kari ayam/daging adabi – 1 paket (dibancuh)
  • Serbuk cili – 2 sudu besar (dibancuh)
  • Santan – 2 cawan
  • Garam
  • Gula
  • Air

CARA-CARA:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan ayam, fishball, fishcake, isi kerang atau udang.
  4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga mendidih. Tutup api.
  5. Sedia untuk dihidang bersama mee kuning dan sayur. Boleh tambah telur rebus, bawang goreng dan daun sup.