Resipi Nasi Arab Ayam

Resipi Nasi Arab Ayam

Resipi Nasi Arab Ayam ikut citarasa orang Malaysia. Mudah je boleh cuba buat ikut resipi ini

1. Bahan-bahan rebusan ayam

  • Ayam – 1 ekor (potong 4)
  • Kiub ayam – 1
  • Cili merah – 1
  • Tomato – 1 (potong 4)
  • Kulit kayu manis – 1
  • Jintan manis – ½ sudu kecil
  • Biji ketumbar – ½ sudu kecil
  • Lada hitam – ½ sudu kecil
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Rebus ayam bersama bahan-bahan diatas sehingga ayam empuk.

2. Bahan-bahan perap ayam:

  • Ayam
  • Garam
  • Madu
  • Kunyit

Cara-cara:

  1. Perap ayam bersama bahan-bahan diatas selama satu jam.
  2. Bakar sekejap didalam air fryer selama 5-10 minit suhu 180°

3. Bahan-bahan nasi:

  • Beras basmathi – 3 cawan (direndam 30 minit dan dibasuh bersih)
  • Minyak sapi – 2 sudu besar
  • Biji ketumbar – ½ sudu kecil
  • Jintan manis – ½ sudu kecil
  • Lada hitam – ½ sudu kecil
  • Daun ketumbar
  • Pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Cairkan minyak sapi. Tumiskan biji ketumbar, jintan manis dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan beras yang telah direndam, gaul bersama bahan ditumis tadi.
  3. Masukkan ayam dan air rebusan ayam secukupnya. Taburkan daun ketumbar yang telah dipotong. Masak nasi seperti biasa.
  4. Titiskan pewarna kuning 10 minit sebelum nasi masak.

4. Bahan-bahan salatah:

  • Timun – potong dadu dan buang biji
  • Tomato – potong dadu
  • Bawang besar – racik halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan diatas, masukkan garam, gula dan perahan lemon secukupnya.

5. Bahan-bahan sambal:

  • Cili merah besar – 3 tangkai
  • Cili merah kecil – 10 tangkai
  • Daun ketumbar
  • Tomato
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon

Cara-cara:

  1. Kisar cili merah besar, cili merah kecil, daun ketumbar dan tomato sehingga hancur.
  2. Perasakan dengan garam, gula dan perahan lemon.