Resipi Nasi Kerabu

Resipi Nasi Kerabu

Nasi kerabu agak banyak bahan-bahan yang perlu dibuat. Remeh tetapi sedap! Boleh ikut Resipi Nasi Kerabu ini.

1. Bahan Untuk Nasi:

  • Nasi – 3 pot
  • Bunga telang – 5 tangkai (kalau tiada pun tak apa, boleh guna serbuk kunyit)
  • Daun limau purut – 5 keping
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Basuh beras bersih, dan masukkan semua bahan diatas ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.

2. Bahan Untuk Sambal Kelapa:

  • Kelapa parut – ½ kg
  • Bawang merah – 7 ulas
  • Bawang putih – 1 ulas
  • Lada hitam – 1 sudu besar
  • Ikan Selayang – 4 ekor (dibakar)
  • Serai – 3 batang
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Goreng kelapa parut tanpa minyak. Goreng sehingga garing.
  2. Tumbuk ikan Selayang. Ketepikan.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan serai.
  4. Gaulkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam kelapa parut yang telah digoreng.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

3. Bahan Untuk Sambal Tumis:

  • Bawang merah – 10 ulas *
  • Halia – 1 inci *
  • Bawang putih – 1 ulas *
  • Cili kering – 10 tangkai *
  • Serai – 3 batang (diketuk)
  • Santan – ½ kg
  • Air asam jawa – 1 cawan (agak-agak)
  • Gula melaka – 1 keping
  • Garam
  • Air – 3 cawan

* Dikisar

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan air serta serai.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula melaka. Perlahankan api.
  4. Masak sehingga mendidih dan sambal agak pekat.

4. Bahan Untuk Budu:

  • Budu – 1 botol kecil
  • Serai – 2 batang (diketuk)
  • Daun limau purut – 2 keping
  • Gula/gula melaka

Cara-cara:

  1. Masukkan budu ke dalam periuk kecil.
  2. Kemudian masukkan serai dan daun limau purut.
  3. Perasakan dengan gula. Biarkan mendidih sekejap dan tutup api.

5. Bahan Untuk Sambal Cili:

  • Cili padi – 1 cawan/segenggam
  • Garam
  • Gula
  • Belacan – option
  • Cuka
  • Air asam jawa

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan untuk sambal cili.

6. Ulam-ulaman:

  • Bunga kantan
  • Kubis
  • Timun
  • Taugeh

* Semua dihiris halus

7. Cadangan lauk:

  • Ikan celup tepung
  • Ayam celup tepung
  • Daging bakar
  • Telur masin
  • Solok lada
  • Keropok