Resipi Rendang Ayam Tanpa Kerisik

Resipi Rendang Ayam Tanpa Kerisik

Rendang ayam memang popular untuk hidangan Hari Raya. Nak buat nampak mudah, tapi perlu teknik juga. Jom tengok Resipi Rendang Ayam tanpa kerisik ini.

BAHAN – BAHAN:

  • Ayam – 1 ekor
  • Lengkuas – 1 inci (diketuk)
  • Serai – 2 batang (diketuk)
  • Santan – ½ kg
  • Daun kunyit – 3 helai (dihiris)
  • Asam jawa – 2 sudu besar (dibancuh)
  • Gula melaka – ½ keping
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kari ayam dan daging – 2 sudu besar
  • lada kering – 20 tangkai *
  • bawang merah – 15 ulas *
  • bawang besar – 1 labu *
  • bawang putih – 5 ulas *
  • halia – 1 inci *
  • kunyit – 2 inci *

* DIKISAR

CARA – CARA:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serbuk kari dan air bancuhan asam jawa. Kacau sebati.
  3. Masuk santan dan air (agak – agak). Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan ayam, serai, lengkuas, garam dan gula. Masak sehingga pekat dan agak kekeringan.
  5. Akhir sekali, taburkan daun kunyit yang telah dihiris. Hidangkan Bersama nasi impit.

p/s: Nasi impit beli yang segera, rebus mengikut yang telah dicadangkan. Selain nasi impit, boleh juga dimakan dengan lemang 🙂

 

Lain-lain

Resipi Ayam Masala