Resipi Tomyam Putih

Resipi Tomyam Putih

Bahan-bahan:

  • Ayam – potong kecil
  • Air
  • Kiub ayam – 1
  • Serai – 2 batang (dihiris halus)
  • Lengkuas – 1 inci (dihiris halus)
  • Bawang holland – 1 biji (dihiris halus)
  • Daun limau purut – 4 helai
  • Carrot – 1 batang (potong bulat)
  • Cili padi – 3 tangkai (diketuk)
  • Sos ikan – 2 sudu besar
  • Tomato – potong 4
  • Limau nipis – 3 biji (diperah)
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula 

Cara-cara:

  1. Rebus air hingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam, bawang holland, serai dan lengkuas. 
  2. Biarkan seketika. Masukkan daun limau purut, carrot, ayam, cili padi dan sos ikan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak hingga mendidih. Tutup api dan masukkan air perahan limau nipis.
  5. Taburkan daun ketumbar.