Nama pun Resipi Biskut Arab 3 Bahan. Jadi 3 bahan sahaja diperlukan, sekejap je dah jadi biskut. Boleh cuba.
Bahan-bahan:
- Minyak sapi – 250g
- Gula castor – 1 cawan
- Tepung gandum secukupnya
- OPTIONAL** Susu tepung (untuk menyalut)
Cara-cara:
- Kacau rata minyak sapi dan gula castor.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat.
- Bulatkan adunan. Bakar pada suhu 160°C selama 25 hingga 30 minit.
- Setelah masak, sejukkan dan salut ke dalam susu tepung.
- Alihkan biskut ke dalam paper cup. Siap.