Resipi Semperit Klasik Dahlia

Resipi Semperit Klasik Dahlia

Bahan-bahan:

  • Mentega – 250g
  • Susu tepung – 2 sudu besar
  • Telur – 1 biji
  • Tepung kastad – 1/2 cawan
  • Tepung jagung – 1/2 cawan
  • Gula castor – 1 cawan (kurangkan jika tidak suka manis)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Pewarna kuning telur – 1 sudu kecil
  • Ceri hiris dadu – hiasan

Cara-cara:

  1. Pukul mentega, gula castor, telur, esen vanilla dan pewarna kuning telur sehingga sebati.
  2. Masukkan susu tepung, tepung kastad, tepung jagung dan tepung gandum secukupnya.
  3. Gaul sebati sehingga adunan tidak melekat dan boleh diterap.
  4. Terapkan adunan di atas loyang. Hiasakn dengan buah ceri.
  5. Bakar pada suhu 160°C selama 25 hingga 30minit atau sehingga masak.