Resipi Tart Cadbury Yang Sedap

Resipi Tart Cadbury

Bahan-bahan:

  • Mentega – 250g
  • Kuning telur – 1 biji
  • Gula icing – 1 cawan
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Pewarna kuning telur – 1 sudu kecil
  • Tepung jagung – 1 cawan
  • Tepung kastad – 1 sudu besar
  • Minyak sapi – 3 sudu besar
  • Susu tepung – 2 sudu besar
  • Tepung gandum secukupnya
  • Kuning telur – 1 biji (topping)
  • Cadbury secukupnya

Cara – cara:

  1. Pukul mentega, kuning telur, gula icing, pewarna kuning telur dan esen vanilla sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung kastad, minyak sapu, dan susu tepung. Gaul.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh diterap dan tidak melekat.
  4. Terap adunan menggunakan acuan tart, letakkan cadbury sebagai inti dan gulungkan.
  5. Sapu kuning telur.
  6. Bakar selama 15 minit pada suhu 170°C, sehingga biskut kekuningan.