Resipi Kek Coklat Kukus Moist

Resipi Kek Coklat Kukus Moist

1. Bahan-bahan Kek:

  • Tepung gandum – ¾ cawan (diayak)
  • Soda bikarbonat – 1 sudu kecil (diayak)
  • Baking powder – 1 sudu kecil (diayak)
  • Serbuk koko – 1 cawan (diayak)
  • Gula kastor – ½ cawan
  • Garam – ½ sudu kecil
  • Susu pekat – ½ cawan
  • Minyak masak – 1 cawan
  • Esen vanilla -1 sudu kecil
  • Telur gred A – 3 biji
  • Air panas – 1 cawan

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan diatas kecuali tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonata, kisar selama 5 minit.
  2. Masukkan dalam bekas dan kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  3. Gaul sebati dan tapis adunan untuk elakkan berketul-ketul.
  4. Sapukan sedikit mentega pada Loyang. Tuang adunan kek ke dalam loyang.
  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Bila sudah masak, sejukkan kek sebelum letakkan topping.

p/s: pastikan didihkan air terlebih dahulu sebelum masukkan loyang. Balut penutup pengukus supaya air tidak jatuh ke dalam kek.

2. Bahan-bahan Topping:

  • Serbuk koko – ½ cawan
  • Susu pekat – ½ cawan
  • Air biasa – 3 sudu besar
  • Butter – 2 sudu besar

Cara-cara:

  1. Masak semua bahan secara ‘double boil’ sehingga sebati dan pekat.
  2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum tuang diatas kek. Boleh hias/tabur badam cincang di atas kek.