Kuih Tepung Pelita

Kuih Tepung Pelita

1. Bahan-bahan (bawah):

  • Daun pandan – 3 helai (dikisar dan ambil air)
  • Tepung beras – 1 cawan
  • Gula – 1 cawan
  • Pewarna hijau – 1/2 sudu kecil
  • Air – 4 cawan

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan. Hidupkan api perlahan. 
  2. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  3. Masak sehingga pekat dan likat. Tutup api. 
  4. Masukkan satu sudu gula ke dalam bekas dan tuang adunan. Ketepikan dan sejukkan.

2. Bahan-bahan (atas):

  • Santan – 1 cawan
  • Air – 3 cawan
  • Tepung beras – 5 sudu besar
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api perlahan.
  2. Kacau sentiasa supaya tidak berketul. 
  3. Masak sehingga adunan menjadi pekat. 
  4. Setelah masak, masukkan ke dalam bekas tadi untuk lapisan atas.
  5. Kukus sekejap 5minit sebelum disejukkan.