Resipi Kuih Cara Berlauk

Resipi Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan inti:

  • Ayam kisar – 300 gram
  • Kiub ayam – 1
  • Serbuk kari ayam – 2 sudu (dibancuh)
  • Bawang putih – 2 ulas 
  • Bawang besar – 1
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Cili merah besar

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan bawnag besar sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kisar dan kiub ayam. Masak sehingga air dari ayam kering.
  4. Perasakan dengan garan dan gula.

 

Bahan-bahan adunan kuih cara:

  • Tepung gandum – 2 cawan
  • Santan cair – 4 cawan
  • Telur gred A – 2 biji
  • Garam
  • Pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Kisar kesemua bahan adunan kuih sehingga sebati.
  2. Sapu minyak pada acuan kuih cara. Perlahan kan api.
  3. Tuang adunan kuih cara ke dalam acuan.
  4. Masukkan inti, diikuti dengan cili merah besar dan daun bawang serta daun sup.
  5. Masak 3 hingga 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidang.

P/s: cucuk dengan lidi untuk pastikan kuih sudah masak.