Resipi Sagu Gula Melaka

Resipi Sagu Gula Melaka

Desert atau pencuci mulut sedap di bulan puasa. Sedap!

Bahan-bahan:

  • Sagu – 1 cawan
  • Air – 3 cawan (tambah jika perlu)
  • Gula melaka – 2 keping
  • Gula putih – 2 sudu besar
  • Susu cair – 1 tin
  • Sirap/pewarna merah

Cara-cara:

  1. Rebus sagu bersama air sehingga warna sagu bertukar jernih.
  2. Kemudian, bilas dan toskan sagu untuk keluarkan kanji dari sagu. Gaulkan dengan sirap atau pewarna merah.
  3. Ketepikan dan isi dalam bekas kosong. Letakkan dalam peti sejuk.
  4. Didihkan air bersama gula melaka dan gula putih sehingga larut. Sejukkan.
  5. Hidangkan bersama sagu, sirap gula melaka dan susu cair.