Pizza bukan susah sangat pun nak buat, boleh je buat sendiri. Sedap dan jimat. Boleh ikut Cara Buat Homemade Pizza di bawah ini.
BAHAN – BAHAN DOH:
- Tepung gandum – 4 cawan (diayak)
- Yis – 2 sudu kecil
- Air suam – ½ cawan
- Gula – 1 sudu kecil
- Garam sedikit
- Minyak masak – 2 sudu besar
- BAHAN TOPPING:
- Tomato puree
- Nenas (tak letak)
- Sosej
- Isi ayam
- Daging cincang
- Tuna
- Bawang holland
- mayonis
CARA – CARA:
- Satukan air suam, yis dan gula. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis kembang.
- Di dalam bekas lain, masukkan tepung garam dan garam. Gaul.
- Kemudian masukkan minyak masak dan yis yang telah kembang . uli adunan sehingga tidak melekat. Boleh tambah air jika doh keras. p/s: makin lama uli, makin lembut doh roti pizza
- Di dalam bekas lain, sapukan minyak dan masukkan doh. Lumurkan sedikit minyak pada doh. Perap selama 45 minit sehingga 60 minit.
- Setelah doh kembang, tumbuk doh untuk buang angin. Sapukan minyak pada loyang pizza dan leperkan doh. Cucuk permukaan doh tadi dengan gapfu untuk pengudaraan.
- Sapukan tomato puree dan taburkan topping mengikut citarasa. Kemudian, bakar pada suhu 180°C selama 20 hingga 25 minit.