Mushroom Soup With Bread

Mushroom Soup With Bread

BAHAN ROTI:

  • Roti hemlet – sepatutnya guna roti perancis tetapi habis
  • Bawang putih – 2 ulas (dicincang)
  • Butter – 2 sudu besar
  • Mixed herbs – sepatutnya guna parsley (tiada stock)

CARA – CARA:

  1. Satukan butter, bawang putih dan mixed herbs.
  2. Sapu pada roti. Bakar dalam air fryer suhu 170°C selama 3 minit

BAHAN MUSHROOM SOUP:

  • Butter – 2 sudu besar
  • Bawang putih – 3 ulas (dikisar)
  • Bawang holland – 1 biji (dikisar)
  • Cendawan butang – 1 tin (dikisar kasar/cincang)
  • Susu segar – 2 cawan
  • Kiub ayam – 1
  • Tepung gandum – 3 sudu besar (dibancuh)
  • Mixed herbs – parsley habis
  • Garam
  • Gula

CARA – CARA:

  1. Masukkan butter sehingga cair. Masukkan bawang yang dikisar, air dan susu segar.
  2. Masukkan cendawan butang. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan kiub ayam, garam dan gula.
  4. Masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  5. Akhir sekali masukkan mixed herbs. Kacau sehingga mendidih, tutup api. Sedia untuk dihidang bersama roti.