Resipi Popia Goreng

Resipi Popia Goreng

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Ayam kisar – 300g
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Taugeh
  • Carrot – 2 batang (potong dadu-halus)
  • Lada sulah
  • Kiub ayam – 1
  • Garam
  • Gula
  • Tepung gandum – 2 sudu (untuk lekatkan kulit popia)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam kisar.
  2. Kemudian masukkan carrot. Masak hingga empuk.
  3. Masukkan taugeh, kiub ayam, lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Setelah semua masak sebati, sejukkan inti sekejap sebelum digulung.
  5. Letakkan 1 sudu inti di atas kulit popia, kemudian gulung dan lekatkan dengan bancuhan tepung gandum. Goreng popia dalam minyak yang panas dan api sederhana. Toskan dan boleh dihidang bersama sos cili.