1. Bahan-bahan Roti:
- Roti – 7 keping
- Susu segar – 2 cawan
- Gula – 4 sudu besar
- Telur – 2 biji (gred A)
- Butter – 2 sudu besar
Cara-cara:
- Pecahkan telur ke dalam periuk. Masukkan susu segar, gula dan butter. Kacau sebati.
- Hidupkan api (sederhana), masak sehingga mendidih. Ketepikan dan sejukkan.
- Carikkan roti dan susun di dalam loyang. Kemudian, tuang adunan yang dimasak tadi. Taburkan kismis.
- Bakar pada suhu 180°C selama 20 hingga 30 minit.
2. Bahan-bahan Sos Kastard:
- Susu cair – 1 tin
- Air – ½ cawan
- Gula – 3 sudu
- Tepung kastard – 2 sudu besar
Cara-cara:
- Masukkan susu cair, gula dan air ke dalam periuk. Api perlahan. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan tepung kastard dan kacau perlahan supaya tidak berketul.
- Masak sehingga kuah agak pekat. Tutup api.
- Sedia untuk dihidang bersama roti yang telah dibakar tadi.