Resipi Tauhu Begedil

Resipi Tauhu Begedil

1. Bahan-bahan Tauhu:

  • Tauhu kering – potong 4 dan keluarkan isi tauhu
  • Ubi kentang – 5 biji
  • Isi ayam kisar – 300g (direbus)
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Telur – 2 biji (dipukul)

Cara-cara:

  1. Rebus ubi kentang hingga empuk. Toskan.
  2. Lenyekkan ubi kentang sehingga hancur, masukkan ayam yang telah direbus dan isi tauhu.
  3. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Gaul sebati.
  4. Setelah sebati, bulatkan inti dan masukkan ke dalam tauhu.
  5. Celupkan tauhu begedil ke dalam bancuhan telur dan goreng sehingga garing. Toskan.

2. Bahan-bahan sambal kicap:

  • Cili padi – 8 tangkai
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Kicap manis – 3 sudu besar
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan diatas. Sedia untuk dihidang bersama tauhu begedil.