Tteok-Bokki / Rice Cake

BAHAN RICE CAKE:

  • Tepung pulut – 2 cawan
  • Tepung gandum – 6 sudu besar
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Minyak bijan – 1 sudu kecil
  • Air suam – 1 ½ cawan

CARA – CARA:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tidak lekat pada jari.
  2. Gulung secara memanjang dan potong.
  3. Didihkan air dalam periuk. Rebuskan adunan yang telah dipotong tadi.
  4. Kalau sudah naik atas (terapung) boleh diangkat.
  5. Toskan dan masukkan ke dalam air sejuk (untuk kekalkan kekenyalan)

BAHAN SOS:

  • Minyak masak – agak agak
  • Cili kering – 6 tangkai (dkisar)
  • Bawang putih – 3 ulas (dikisar)
  • Serbuk cili – 2 sudu besar (dibancuh)
  • Serbuk ikan bilis – 1 sudu besar
  • Kiub ayam – 1
  • Minyak bijan – 1 sudu besar
  • Garam
  • Gula
  • Air – 1 cawan
  • Bijan putih – hiasan

CARA – CARA:

  1. Tumiskan cili kering dan bawang putih sehingga pecah minyak.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan serbuk cili dan serbuk ikan bilis. Masukkan air.
  3. Biarkan mendidih. Masukkan minyak bijan, kiub ayam, garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan rice cake tadi. Kacau sehingga sos menjadi pekat. Taburkan bijan putih jika ada.

p/s: boleh jugak tambah sosej atau isi ketam.